Ilmu Komunikasi Merupakan ilmu Pengetahuan Sosial Yang Bersifat Multi Disiplin Sehingga Mempunyai Definisi Yang Banyak Dan Pelbagai, Menurut Pandangan Dance (1970) Terdapat 15 Aspek Komunikasi Yang Berbeza. Perintah Allah SWT Yang Disebut Dalam al-Quran iaitu Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

Tuesday, August 20, 2019

HIBURAN MELAMPAU

Punca Hiburan Melampau kepada Remaja

Dalam era milenia ini, hiburan yang melampau adalah sangat tidak baik untuk kemajuan sesebuah negara. Hal ini terutama sekali kepada anak-anak remaja di sesebuah negara tersebut. Sebelum kita bermula, biar saya takrifkan maksud atau definisi hiburan. Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk mengiburkan, menyenangkan dan menteteramkan hati dan diri, itulah maksud atau takrifan hiburan secara umum. Seterusnya untuk takrifan atau definisi melampau pula , ia bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan secara berlebihan. Itulah takrifan melampau secara umum.

Pada zaman yang serba moden ini, terdapat pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date” dan berasa malu sekiranya tidak mengikutnya.

Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja dari akibat hiburan yang melampau ini. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja lain itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia.

Seterusnya, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan sesat dalam dunia mereka dan seterusnya akan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah rosak. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.Ketika itulah baru ibu bapa akan sedar.

Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba canggih ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara halus. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari nanti. 

Kesimpulannya, untuk kemajuan sesebuah negara, ianya bermula dari pembangunan remaja pada masa kini. Oleh itu , diharapkan remaja-remaja diluar sana dapat membuat pilihan yang bijak dan tepat dalam berhibur demi kepentingan dirinya pada masa akan datang. Hiburan itu ialah perkara yang baik tetapi menjadi buruk jika berlebihan. Dan sebagai seorang muslim yang beriman pula , kita haruslah ingat bahaya hiburan didunia hanyalah semntara dan sekiranya melampau akan membawa kita jauh dari jalan Allah SWT. Oleh itu , diharapkan semua anak remaja dapat mengikut jalan agama islam yang benar supaya dapat menepis segala hiburan dunia yang melalaikan dan seterusnya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Petikan Akhbar berkaitan Hiburan Melampau kepada Remaja

Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai individu yang telah mengulas tentang hiburan melampau kepada remaja. Hal ini kerana hiburan melampau kepada remaja telah menjadi isu yang besar di dalam sesebuah negara. Hal berkaitan hiburan melampau kepada remaja juga telah banyak terpapar di dalam petikan akhbar.





Artikel di atas telah menyatakan tentang lambakan pelajar IPT yang salah menggunakan dadah. Seperti yang anda tahu, pelajar IPT kebanyakannya terdiri daripada remaja. Hal ini amat merisaukan masa depan negara. Artikel kedua pula menyatakan tentang remaja yang terlibat didalam salah laku seks. Hal ini juga amat merisaukan kerana merekalah (remaja) yang akan memimpin negara pada masa akan datang.