Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Konsep kejiranan adalah salah satu daripada
ajaran islam yang amat penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup bermasyarakat adalah amalan hidup berjiran. Secara
fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu,
islam telah menekankan kepentingan
menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat
sekeliling.
Hubungan yang baik boleh membentuk sifat saling
membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat
menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran adalah salah satu cara hidup islam.
Ajaran islam sangat mementingkan keharmonian
dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Semua ini dapat dicapai
melalui konsep kejiranan yang baik. Dalam kehidupan berjiran umat Islam
digalakkan menghubungkan silaturahim, mengeratkan hubungan persaudaraan,
menyatukan keluarga dan mengeratkan persahabatan dengan jiran tetangga. Oleh
itu, kita disarankan supaya menjalinkan satu hubungan yang baik sesama
masyarakat menggunakan konsep kejiranan.
Definisi
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal
daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan
atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang
tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih
besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.
Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w
iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap
sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w
menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah
rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada
Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh
manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh
kita.
Oleh demikian, kita sebagai umat islam perlu
lah menunjukkan contoh yang baik dalam menonjolkan konsep kejiranan daripada
segi islamiah yang bukan sahaja tertakluk kepada umat islam akan tetapi
merangkumi semua agama dan lapisan masyarakat di Malaysia. Dengan hal ini,
agama islam akan lebih mudah dihormati oleh masyarakat yang berbeza agama dan
akan menunjukkan kemanisan islam yang sebenarmya.
Kepentingan Hidup Berjiran
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk
pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti
jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana
dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
Apa yang boleh disimpulkan oleh saya adalah.
Kitta perlu menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa
mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan
tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam
agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan
tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya
dan mudharat sebagai contohnya akan membawa kepada persengketaan antara kaum di
Malaysia ataupun di tempat lain
Umat Islam perlu bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama agar mereka menjadi insan yang baik dan berbakti terhadap jiran mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri. Agama islam menyeru agar umatnya iaitu kita semua agar senriasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Islam juga mengajar kita bahawa jiran juga mempunyai kedudukan dan peranan yang tinggi hampir samanya dengan ahli keluarga sendiri.
Umat Islam perlu bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama agar mereka menjadi insan yang baik dan berbakti terhadap jiran mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri. Agama islam menyeru agar umatnya iaitu kita semua agar senriasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Islam juga mengajar kita bahawa jiran juga mempunyai kedudukan dan peranan yang tinggi hampir samanya dengan ahli keluarga sendiri.
Dengan mendekati konsep semangat kejiranan juga
mampu memberikan kita ‘seribu satu’ kebaikan dikemudian hari kelak, di dunia
dan akhirat. Contoh yang boleh diambil ialah keamanan dan kesejahteraan kawasan
kejiranan tersebut akan terjamin. Seperti yang kita lihat setiap kawasan
kejiranan atau perumahan mempunyai organisasi mereka sendiri demi menjaga
keselamatan kejiranan. Mereka bertugas mengikut tanggungjawab yang diberikan
tanpa mengira kaum dan agama demi menjaga keselamatan sesamaa mereka bak kata
pepatah cubit peha kanan, peha kiri juga merasa.
Faktor-faktor
semangat kejiranan semakin luntur
Sejak belakangan ini, semangat kejirana semakin
luntur. Kita semua semakin mengabaikan kepentingan semangat kejirana, hal ini
dapat dibuktikan dengan hubungan yang kurang baik ataupun kurang memahami
antara jiran. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini
untuk menjadi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang supaya anak-anak
ataupun cucu-cucu mereka tidak mengabaikan semangat kejiranan. Bak kata
pepatah, bagai aur dengan tebing.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang teknologi
atau media massa merupakan faktor lunturnya kejiranan. Masyarakat sekarang
terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memerlukan mereka untuk
keluar dan bersusah payah untuk mendapatkannnya.Dengan adanya kemudahan yang
lebih canggih mereka tidak hiraukan orang sekeliling dan budaya sebegini
menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin berkurangan. Ini
menyebabkan komunikasi dan sikap ramah-tamah kurang dalam pergaulan antara satu
sama lain.
Selain itu, arus pembangunan yang semakin pesat
menyebabkan negara menjadi punca semangat kejiranan berkurangan. Sesetengah
orang lebih banyak menghabiskan masa dengan mengunjungi tempat
berkaroke,membeli-belah ,taman permainan dan sebagainya. Kita haruslah menyedarkan
masyarakat supaya tidak mementingkan diri sendiri dengan tidak bergaul sesama
jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak akan berjaya kerana perpaduan
mereka semakin pudar dan mudah dipengaruhi anasir luar yang banyak merebak ke
dalam gaya hidup generasi sekarang. Kita tidak maha generasi hadapan luntur
semangat kejiranannya daripada syiar dan perintah islam yang sebenarnya.
Daripada apa yang berlaku pada masa sekarang,
saya boleh ulaskan bahawa sesetengah dari kita semakin jauh daripada ajaran
islam daripada segi konsep kejiranan. Akan tetapi ini semua boleh diubah
melalui penambahbaikan oleh kita semua bermula daripada sekarang demi menjamin
keamanan dan kesejahteraan kepada semua masyarat di Malaysia mahupun ditempat
lain. Untuk mengelakkan hal ini terus berlaku, semua pihak haruslah berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan
hidup kita dan suku-sakat yang akan datang. Pihak rakyat merupakan pengaruh
yang paling penting. Rakyat haruslah mengamalkan sikap saling menolong dengan
jiran mereka. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk hubungan yang baik dengan
jiran bagai kuku dengan isi,malahnya dapat memudahkan dan mempercepatkan
pelaksanaan dalam hal yang berkenaan. Bukan itu sahaja, rakyat juga haruslah
bertegur sapa dengan jiran walaupun bertemu dengan jiran di taman, komples
beli-belah ataupun tempat yang lain.
Selain itu, penduduk dalam sesuatu kawasan juga
boleh mengadakan aktiviti gotong-royong ataupun aktiviti pertandingan seperti
pertandingan memasak, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Dalam aktiviti
gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran malahnya dapat menyedarkan
rakyat bahawa semangat kejiranan adalah sangat penting. Oleh itu, mereka akan
memupuk sikap yang berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing, berat
sama dipikul.Di samping itu, hubungan mereka boleh menjadi lebih erat.
Tuntasnya, kehidupan berjiran amatlah penting
bagi umat manusia sejagat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa demi menjamin
masa hadapan yang lebih kukuh untuk anak bangsa kita. Inysa-Allah kita semua
mampu melaksanakan matlmat ini bersama-sama seperti sebuah tiang yang kukuh
mendirikan magligai yang indah bersama masyarakat. Bak pepatah bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.





