Ilmu Komunikasi Merupakan ilmu Pengetahuan Sosial Yang Bersifat Multi Disiplin Sehingga Mempunyai Definisi Yang Banyak Dan Pelbagai, Menurut Pandangan Dance (1970) Terdapat 15 Aspek Komunikasi Yang Berbeza. Perintah Allah SWT Yang Disebut Dalam al-Quran iaitu Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

Thursday, October 3, 2019

Konsep Kejiranan




Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Konsep kejiranan adalah salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin  kesejahteraan hidup bermasyarakat adalah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu, islam  telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat  sekeliling.
    
Hubungan yang baik boleh membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran adalah  salah satu cara hidup islam.

Ajaran islam sangat mementingkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Semua ini dapat dicapai melalui konsep kejiranan yang baik. Dalam kehidupan berjiran umat Islam digalakkan menghubungkan silaturahim, mengeratkan hubungan persaudaraan, menyatukan keluarga dan mengeratkan persahabatan dengan jiran tetangga. Oleh itu, kita disarankan supaya menjalinkan satu hubungan yang baik sesama masyarakat menggunakan konsep kejiranan.


Definisi

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :


 Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
 

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.


Oleh demikian, kita sebagai umat islam perlu lah menunjukkan contoh yang baik dalam menonjolkan konsep kejiranan daripada segi islamiah yang bukan sahaja tertakluk kepada umat islam akan tetapi merangkumi semua agama dan lapisan masyarakat di Malaysia. Dengan hal ini, agama islam akan lebih mudah dihormati oleh masyarakat yang berbeza agama dan akan menunjukkan kemanisan islam yang sebenarmya. 

Kepentingan Hidup Berjiran

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
Apa yang boleh disimpulkan oleh saya adalah. Kitta perlu menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat sebagai contohnya akan membawa kepada persengketaan antara kaum di Malaysia ataupun di tempat lain

Umat Islam perlu bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama agar mereka menjadi insan yang baik dan berbakti terhadap jiran mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri. Agama islam menyeru agar umatnya iaitu kita semua agar senriasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Islam juga mengajar kita bahawa jiran juga mempunyai kedudukan dan peranan yang tinggi hampir samanya dengan ahli keluarga sendiri.

Dengan mendekati konsep semangat kejiranan juga mampu memberikan kita ‘seribu satu’ kebaikan dikemudian hari kelak, di dunia dan akhirat. Contoh yang boleh diambil ialah keamanan dan kesejahteraan kawasan kejiranan tersebut akan terjamin. Seperti yang kita lihat setiap kawasan kejiranan atau perumahan mempunyai organisasi mereka sendiri demi menjaga keselamatan kejiranan. Mereka bertugas mengikut tanggungjawab yang diberikan tanpa mengira kaum dan agama demi menjaga keselamatan sesamaa mereka bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri juga merasa. 




Faktor-faktor semangat kejiranan semakin luntur

Sejak belakangan ini, semangat kejirana semakin luntur. Kita semua semakin mengabaikan kepentingan semangat kejirana, hal ini dapat dibuktikan dengan hubungan yang kurang baik ataupun kurang memahami antara jiran. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini untuk menjadi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang supaya anak-anak ataupun cucu-cucu mereka tidak mengabaikan semangat kejiranan. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa merupakan faktor lunturnya kejiranan. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memerlukan mereka untuk keluar dan bersusah payah untuk mendapatkannnya.Dengan adanya kemudahan yang lebih canggih mereka tidak hiraukan orang sekeliling dan budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin berkurangan. Ini menyebabkan komunikasi dan sikap ramah-tamah kurang dalam pergaulan antara satu sama lain.
Selain itu, arus pembangunan yang semakin pesat menyebabkan negara menjadi punca semangat kejiranan berkurangan. Sesetengah orang lebih banyak menghabiskan masa dengan mengunjungi tempat berkaroke,membeli-belah ,taman permainan dan sebagainya. Kita haruslah menyedarkan masyarakat supaya tidak mementingkan diri sendiri dengan tidak bergaul sesama jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka semakin pudar dan mudah dipengaruhi anasir luar yang banyak merebak ke dalam gaya hidup generasi sekarang. Kita tidak maha generasi hadapan luntur semangat kejiranannya daripada syiar dan perintah islam yang sebenarnya.
Daripada apa yang berlaku pada masa sekarang, saya boleh ulaskan bahawa sesetengah dari kita semakin jauh daripada ajaran islam daripada segi konsep kejiranan. Akan tetapi ini semua boleh diubah melalui penambahbaikan oleh kita semua bermula daripada sekarang demi menjamin keamanan dan kesejahteraan kepada semua masyarat di Malaysia mahupun ditempat lain. Untuk mengelakkan hal ini terus berlaku, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan hidup kita dan suku-sakat yang akan datang. Pihak rakyat merupakan pengaruh yang paling penting. Rakyat haruslah mengamalkan sikap saling menolong dengan jiran mereka. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk hubungan yang baik dengan jiran bagai kuku dengan isi,malahnya dapat memudahkan dan mempercepatkan pelaksanaan dalam hal yang berkenaan. Bukan itu sahaja, rakyat juga haruslah bertegur sapa dengan jiran walaupun bertemu dengan jiran di taman, komples beli-belah ataupun tempat yang lain.
Selain itu, penduduk dalam sesuatu kawasan juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong ataupun aktiviti pertandingan seperti pertandingan memasak, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Dalam aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran malahnya dapat menyedarkan rakyat bahawa semangat kejiranan adalah sangat penting. Oleh itu, mereka akan memupuk sikap yang berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.Di samping itu, hubungan mereka boleh menjadi lebih erat.

Tuntasnya, kehidupan berjiran amatlah penting bagi umat manusia sejagat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa demi menjamin masa hadapan yang lebih kukuh untuk anak bangsa kita. Inysa-Allah kita semua mampu melaksanakan matlmat ini bersama-sama seperti sebuah tiang yang kukuh mendirikan magligai yang indah bersama masyarakat. Bak pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

No comments:

Post a Comment