Ilmu Komunikasi Merupakan ilmu Pengetahuan Sosial Yang Bersifat Multi Disiplin Sehingga Mempunyai Definisi Yang Banyak Dan Pelbagai, Menurut Pandangan Dance (1970) Terdapat 15 Aspek Komunikasi Yang Berbeza. Perintah Allah SWT Yang Disebut Dalam al-Quran iaitu Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

Tuesday, October 1, 2019

UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM ISLAM DAN FILEM


         Filem adalah merupakan salah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Selain untuk hiburan, melalui filem juga maklumat berkaitan etika, moral, budaya dan berbagai bentuk kebaikan lagi dapat disampaikan kepada masyarakat. Di Malaysia, perkembangan industry perfileman sangat menggalakkan, pelbagai genre filem dihidangkan kepada masyarakat. Namun, tidak dapat dengan perkembangan pembikinan filem yang semakin meluas, terdapat juga filem yang berunsur khurafat yang bercanggah dengan syarak bahkan boleh membahayakan akidah umat Islam kini. Malah filem-filem sebegini semakin banyak diterbitkan sehingga mampu mendapatkan keuntungan jutaan ringgit.

DEFINISI KHURAFAT
i.                     Khurafat bererti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. (Kamus Dewan Edisi Keempat).
ii.                   Khurafat merangkumi segala percakapan yang ditambah dengan pembohongan bagi tujuan mengindahkan percakapan tersebut supaya menarik minat pendengarnya.(Ia di dapati dalam buku Memahami Bid’ah dari Perspektif Islam karangan Che Yusoff Che Mamat).
iii.                 Khurafat adalah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. (Kitab Al-Mu’jam al-Wasit).
iv.                 Sebarang cerita yang benar-benar dusta. (Kamus al-Marbawi)

CIRI-CIRI KHURAFAT MENURUT ISLAM
i.                     Maklumat yang tidak bersumberkan nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)
ii.                   Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
iii.                 Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
iv.                 Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, batu permata dan sebagainya.
v.                   Mempunyai unsur-unsur negative dari segi akidah dan syariah.
vi.                 Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

Bentuk-Bentuk Amalan Khurafat Menurut Islam

i.                     Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok, kayu, batu permata, bukit bukau, gunung-ganang, tasek, sungai, laut dan haiwan tertentu.
ii.                   Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi membuang sial dan pemakaian susuk.
iii.                 Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampong, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai.
iv.                 Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.
v.                   Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala.
vi.                 Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang yang dianggap wali atau melakukan upacara menghadirkan roh.


CONTOH FILEM ATAU DRAMA YANG MENGENANGKAN UNSUR KHURAFAT

Filem atau drama yang menampilkan unsur khurafat tidak hanya diterbitkan di zaman moden sekarang, tetapi telah lama dikesan sejak zaman pra moden lagi. Filem-filem tersebut juga bukan hanya terbitan industry perfileman melayu, bahkan terdapat banyak yang diterbitkan oleh industry perfileman antarabangsa.

MUNAFIK 2 (2018)
Menceritakan kehidupan Ustaz Adam kembali tenang selepas diselubungi dengan kematian isteri dan anaknya. Dia kini menjadi pendakwah bebas dan bertanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat di kampung halamannya. Ujian yang menimpa sebelum ini telah  mengajarnya untuk lebih tawadhu pada ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah dan anak perempuannya, Aina.
              Sakinah terpaksa menjaga bapaknya, Imam Malik yang menghidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca daripada Abuja, seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampong yang sama. Abuja mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampong. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang kepada Islam adalah musuh Abuja.
              Abuja menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kamuong seberang telah menimbulkan kemarahan Abuja. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abuja yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.



Elemen-elemen khurafat yang ada dalam filem tersebut :
i.                     Abuja yang menyuruh penduduk kampong untuk mengikut ajaran sesatnya dan menyembahnya seperti tuhan.
ii.                    Abuja yang memegang kepada prinsip sesiapa sahaja yang mengikut ajaran Islam adalah sesat dan menjadi musuhnya.
iii.                 Menggunakan ilmu sihir dan bantuan jin untuk kemahuan diri.

Mesej dan Pengajaran dalam filem Munafik 2.
1.       Manusia adalah milik Allah SWT.
-          Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT, Adam percaya bahawa dirinya, Abuja dan diri semua manusia adalah kepunyaan Allah SWT. Keyakinan Adam bahawa sekalian makhluk akan kembali kepada Allah SWT membuktikan keimanannya tekal di dalam dirinya. Hakikat kembalinya manusia dan semua makhluk kepada Allah SWT seperti yang diyakini oleh Adam adalah selaras dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran.

2.       Tolong-menolong dalam membuat kebaikan.
-          Ketika Sakinah meminta tolong Ustaz Adam untuk membantu keluarganya, iaitu membantu ayahnya dan anaknya, Aina. Ustaz Adam berbesar hati untuk menolongnya walaupon dihalang dan tidak direstui oleh kedua ibu dan bapanya kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku lagi terhadap Ustaz Adam.

No comments:

Post a Comment